Envy Sky Dining KL - Kugan

 Hai kawan-kawan.Dalam blog kali ini saya ingin kongsikan sambutan hari jadi seorang kawan baik saya sejak sekolah menengah.Pada 19/8/2022 kami sekumpulan kawan telah pergi ke sebuah restoran yang bernama Envy Sky Dining.Restoran itu terletak di menara TA ONE dimana kita boleh lihat satu KL dari atas.

Pada mulanya kami membawa kawan saya ke sana.Dia tak tahu kami dah buat tempahan awal untuk menyambut hari jadi dia.setelah selesai makan malam kami bawa dia ke satu bilik di restoran itu yang khas untuk menyambut hari jadi bersama kawan dan potong kek.



Selepas itu, kami pergi ke Suria KLCC untuk mengambil gambar.Ramai juga yang berkumpul  untuk mangambil gambar. Selepas itu, kami bergerak ke Starbucks Coffee untuk minum kopi sambil borak tentang apa yang sedang berlaku dalam hidup masing masing sebab kami sudah lama tak berjumpa sejak habis SPM. Lebih kurang 2 jam kami di sana.setelah selesai minum kopi bersama sama kami ke Saloma Bridge dan mangambil beberapa gambar.kira kira jam 2 malam kami pun telah balik rumah sebab ada seorang kawan saya ada kelas pagi keesokan harinya.




Comments