Hobi - Tuan Arina Alyaa

 

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera, untuk blog hari ini saya ingin bercerita dengan lebih lanjut tentang hobi saya. Seperti yang telah saya nyatakan pada blog sebelum ini bahawa saya suka mengambil  gambar pemandangan semula jadi (nutural scenery). Mungkin sesetengah daripada kalian fikir "apa yang menarik sangat dengan pemandangan semula jadi ini, tambah lagi langit''. Jika ada di antara semuayang merupakan seorang ''sky lover'', mesti kamu akan menikmati keindahannya.


 

 

  Ini adalah gambar yang saya ''snap'' semasa di matriks dulu, ada banyak lagi kalau nak muat naik semua memang jenuh la korang nak tengok semua, haha. Kenapa saya minat sangat dengan pemandangan sebegitu tambah lagi langit? Sebab langit boleh buat saya tenang mungkin sebab itu merupakan salah satu daripada ciptaan-Nya. Setiap kali saya tengok, saya macam ''wah cantiknya ciptaan Tuhan''.



   Gambar di atas ini adalah gambar pada waktu pagi yang saya ambil, cantik kan? Lepas solat subuh saya menahan diri daripada tidur semata-mata untuk ''snap'' benda ni, haha. Rela saya pergi ke tingkat atas untuk pemandangan yang lebih jelas dan inilah hasilnya. 



   Asyik cerita pasal langit je, mana gambar ''natural'' yang lain? haha, sabar. Haa ini adalah salah satu koleksi gambar untuk ''natural'' yang saya ada. Masa ni, saya dengan keluarga  pergi berkelah di sekitar Dabong, Kelantan. Seronok sangat sebab air di sini bersih dan sejuk, patutlah ada pusat pengajian pondok di sekitar sini. Memang elok sangat, tenang je mudah untuk hafalan, terbaiklah. Tapi tempat ni agak terpencil sedikit, walaupun agak terpencil ramai pengunjung yang mengunjungi tempat ini. Tambah pula pada hari minggu, memang ramai sangat sampai nak ''parking'' kereta pun susah.

Sampai disini cerita saya pada hari ini. Maaf kerana terlalu ringkas, saya harap awak semua menikmati membaca blog saya yang tak ada apa yang menarik ini, hehe. Terima kasih sudi membaca. 



 

Comments

Popular posts from this blog

Envy Sky Dining KL - Kugan