KEHIDUPAN SEORANG ATLET - Kugan

Hi, Pada blog kali ini saya ingin kongsikan tentang gaya hidup saya sebagai seorang atlet. Pada usia 10 tahun saya sering mengikut bapa saya ke "jogging". Pada masa itu lah saya mula suka terhadap sukan. Saya merupakan seorang atlet pecut di sekolah rendah dan pernah mewakili banyak pertandingan di pelbagai peringkat.


Pada tahun 2016 iaitu usia 13,saya telah melangkah ke sekolah menengah.minat saya dalam sukan olahraga mula berkurang  kerana kekurangan fokus saya. Setelah sekian lama tidak bersukan berat badan saya telah nasik kepada 70kg dan langsung tak dapat lari seperti dahulu.ramai orang sudah mula tegur saya dan saya pun rasa sangat malu. Oleh itu,sebagai "come back" saya telah menyertai kelab taekwondo yang ada di sekolah saya.nama kelab taekwondo itu ialah A one Tae kwon do.Di situlah, segalanya bermula.




Saya bermula di dalam taekwondo dengan tali pinggang putih iaitu kelas pertama dalam taekwondo. Saya menyertai latihan pada setiap hujung minggu secara konsisten tanpa henti sehingga terlibat dalam pasukan sparring iaitu atlet yang mewakil sekolah.saya mula mewakili sekoalah saya pada tahun 2017  dalam kategori kyorugi dalam taekwondo dan pernah menang beberapa pingat untuk sekolah saya. Pada tahun 2019 saya telah lulus grading black belt iaitu ujian tali pinggang hitam dan telah menyertai pasukan Selangor. Selama 2 tahun, saya mewakili negeri Selangor dalam pelbagai pertandingan termasuk di negeri Sabah dan Sarawak. Kejayaan tersebut berpunca daripada disiplin saya diri sendiri dan juga sokongan yang diberi oleh keluarga saya. Pada tahun 2020, saya terpaksa hentikan sukan taekwondo untuk fokus dalam SPM.Setelah selesai SPM saya telah bemula balik kehidupan atlet saya sehingga kini.Untuk pengetahuan semua saya juga akan mewakili kolej saya dalam SUKEM kali ini untuk sukan taekwondo.





Itu saya pada blog kali ini,terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Envy Sky Dining KL - Kugan