Lost World of Tambun - Farra Wahida

 Assalamualaikum semua, saya harap semua sihat dan berada dalam keadaan yang baik. Hari ini saya akan menceritakan sedikit pengalaman saya bercuti di Lost World of Tambun , Ipoh. Kalau tak silap saya, saya pergi bercuti ke sini pada tahun 2018? Kalau kira-kira, lebih kurang 5 tahun dah berlalu. Inn syaa Allah, saya cuba untuk ingat apa yang berlaku dulu. Maklumlah, dah 5 tahun, ingatan pun dah samar-samar hihi.

Saya pergi ke sini bersama keluarga dan sepupu saya. Seingat saya waktu akhir tahun. Biasalah, musim cuti sekolah. Harga tiket pun mahal sedikit daripada harga asal. Tapi disebabkan ibu saya beli melalui ejen, jadi dapatlah harga murah sedikit. 

Bagi menjimatkan kos, kami tak tempah Hotel Sunway Lost World of Tambun. Sebaliknya, kami tempah "homestay" sahaja. Nak dijadikan cerita, "homestay" yang kami tempah itu jauh daripada Lost World of Tambun sebab mak cik saya ingat kami nak ke MAPS, Ipoh. Jadi kami terpaksa tinggal sehari sahaja di sana dan tempah "homestay" yang lebih dekat. Tapi rumahnya sangat selesa dan berdekatan dengan bukit? Saya pun tak pasti bukit apa tapi memang sejuk sahaja di sana. 

Mula-mula masuk ke Lost World of Tambun ni, teruja sangat tengok taman tema air. Masa tu masih lagi budak-budak, memang suka main air. Tapi ibu bapa kami pilih untuk jalan-jalan dulu, barulah main air. 

Gambar di pintu masuk. Dulu rasa macam cantik tapi bila tengok balik sekarang eh hodohnya😂😂

Bag tu pula ada baju untuk tukar masa nak mandi-manda nanti.


Antara aktiviti yang menarik di ialah zoo, taman tema air dan ada rumah hantu. Bagi saya, aktivitinya sangat sesuai untuk budak-budak sebab tak terlalu ekstrem. Selain itu, ada juga kolam air panas di sini. Oh lupa nak beritahu, kalau nak mandi-manda di sini, kena pakai "tight pants" dan jersey sahaja. Baju jenis kain "cotton" adalah tak dibenarkan. 

Kami turut dapat merasa naik "roller coaster" walaupun tak setinggi di Genting Highlands. Itupun mak-mak dah menjerit-jerit takut😂😂. Ada juga "stormrider", kapal yang berhayun kiri kanan tu. Dari bawah nampak perlahan sahaja, bila naik baru rasa lajunya lagi-lagi bila duduk hujung sekali.

Kalau semua nak tahu, "Jungle Wave Bay" di sini ialah kolam ombak yang terbesar di Malaysia. Memang tinggi ombaknya. Kena berhati-hati ya dan jangan lupa pakai pelampung. 

Ada juga "Sandy Bay" yang ala-ala seperti pantai. Bagi budak-budak kecil, bolehlah bermain pasir dan bina istana pasir di sini. Kami yang tak terlalu kecil ni pun seronok main di sini.


Sandy Bay ada di belakang tu sahaja. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.

Selepas seronok bermain air, kami pun salin pakaian di tempat yang disediakan. Sebelum pulang, saya dan sepupu saya sempat masuk ke rumah hantu. Ini kali pertama saya berjalan masuk ke rumah hantu. Sebelum ini pernah masuk di tempat lain tetapi naik kereta apilah. Sebelum masuk memang yakin tapi masuk sahaja, tak berhenti menjerit😂😂. Dah nak trauma masuk dalam tu. Saya tak jangka pula seram sampai macam tu sekali. Saya rasa ini kali terakhir saya masuk ke rumah hantu. Memang tak laratlah nak masuk lagi hahaha.

Ini suasana di luar rumah hantu tersebut. Di luar memang tak seram sangat, di dalam baru rasa takut haha. 

Lepas keluar dari rumah hantu, kami pun pulang dan makan tengah hari di luar. Seperti sedia maklum, harga makanan di tempat percutian memang 2 atau 3 kali ganda lebih mahal. Lebih berbaloi makan di luar. 

Kalau semua nak datang ke sini, memang sangat "recommended" lagi-lagi kepada ibu bapa yang tak larat nak berjalan sebab bagi saya keluasan Tambun ini biasa-biasa sahaja. Tambahan lagi, masa saya pergi ni dah agak lama, mesti dah banyak perubahan  dan mesti seronok untuk bercuti di sini. 

Sampai di sini sahaja posting saya kali ini. Maaf ya kalau agak singkat. Semoga kita bertemu di posting yang seterusnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Envy Sky Dining KL - Kugan