MINGGU APRESIASI WATAN-KUGAN

 Selamat sejahtera rakan rakan sekalian,dalam blog kali ini saya ingin berkongsi  sedikit tentang Minggu Apresiasi Watan(MAW) iaitu majis orientasi pelajar tahun saya di UKM.Untuk pengetahuan semua,setelah 2 tahun UKM akhirnya telah mengadakan MAW selepas bebarapatahun yang disebabkan oleh pandemik COVID19 sebelum ini. Oleh itu,majlis kali ini memang sangat meriah.



Menurut sistem pendaftaran UKM,tarikh yang diberikan untuk lapor diri di kolej adalah pada 8 Oktober 2022 dan kolej yang saya dapat ialah kolej Rahim Kajai.Kolej ini sangat dekat dengan pintu utama UKM dan pintu kedua. Setelah selesai daftar diri di kolej sebagai pelajar UKM, pelajar diberi  2 hingga 3 jam untuk berehat.pada jam 6 p.m. kami diminta untuk menurun kefoyer kolej untuk melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti yang diadakan oleh pemudahcara iaitu pelajar tahun 2 ke  atas. Merekalah penunjuk ajar kami sepanjang minggu orientasi. Malam itu pula kolej telah mengadakan satu majlis dengan menjemput pengetua Kolej Rahim Kajai untuk merasmikan Mimggu Apresiasi Watan. Kira kira 10 malam sudah pun selesai majlis tersebut.selepas itu kami meluangkan masa dengan abang dan kakak pemudahcara dalam bebrapa aktiviti sehingga lah jam 2 pagi.





Pada keesokan harinya,kami dibawa ke DECTAR untuk majlis pembukaan MAW dan pada hari  itu lah kami dapat jumpa semua pelajar tahun 1 di satu tempat iaitu 4000 pelajar lebih.Majlis itu dihadiri oleh Naib Canselor UKM dan beberapa pensyarah.Pada ketika itu,saya dapat berkenalan dengan beberapa kawan baru di dalam DECTAR sementara menunggu Nain Canselor datang ke majlis.setelah selesai majlis perasmian kami diberi makanan tengah hari.


Hari ketiga pula kami pergi ke fakulti masing masing untuk orientasi fakulti. Pada hari itulah pertama kali saya pergi ke fakulti saya iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Pada hari tersebut pelajar dibahagikan mengikut program masing masing di dewan kuliah.Pada ketika itulah kami dapat jumpa "coursemate" sendiri. Majlis itu dirasmikan oleh Dekan FEP dan pensyarah pensyarah memberi taklimat berkenaan pendaftaran subjek dan hal-hal penting fakulti.Alumni fakulti pun turut hadir untuk berkongsi pengalaman mereka.



Hari terakhir MAW,kami pergi ke DECTAR lagi untuk majils angkat sumpah dan kami diwajibkan memakai baju kemeja putih untuk majlis tersebut.pada malam tersebut iaitu hari terakhir pelajar pelajar UKM membuat persembahan.Pada malam itu juga kami dapat mendengar ucapan alumni-alumni UKM yang berjaya mengharumkan nama UKM di pentas tertinggi.Maka berakhirlah MAW.



Comments

Popular posts from this blog

Envy Sky Dining KL - Kugan